KUALA LUMPUR: Sebanyak 37,242 saman trafik telah dijelaskan dalam tempoh dua hari bermula Jumaat lepas sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata pihaknya merekodkan 12,300 pesalah trafik menjelaskan saman di 14 kaunter bayaran saman termasuk baucar diskaun yang dijelaskan melalui portal dan aplikasi MyBayar Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Kempen pengurangan kompaun saman sehingga 50 peratus ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan di samping PDRM berpeluang menyantuni masyarakat dalam menyalurkan maklumat dengan lebih jelas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata 39 anggota bertugas pada program itu selain pihaknya turut menyediakan kaunter khas bagi warga emas serta Orang Kurang Upaya dengan operasi kaunter yang bermula 9 pagi hingga 6 petang, dilanjutkan sehingga 9 malam bagi memberi ruang kepada masyarakat berurusan.
Mohd Azman turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menunggu ketika tawaran diskaun diumumkan bagi menjelaskan saman tertunggak milik mereka serta mematuhi peraturan serta undang-undang lalu lintas.
Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil selama tiga hari bermula Jumaat lepas, memberi fokus kepada tiga komponen iaitu Showcase Pencapaian Setahun Kerajaan MADANI, perkhidmatan touchpoint rakyat dan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 10 2023
Kempen pengurangan kompaun saman sehingga 50 peratus ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. - Gambar fail/Bernama
Penjimatan RM4 bilion subsidi diesel beri ruang fiskal lebih luas bantu rakyat
Penjimatan ini membolehkan lebih banyak dana untuk infrastruktur dan perkhidmatan awam.
Pelajar yang tidak hadir SPM perlu diberi peluang kedua melalui TVET – TPM
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan cemerlang supaya menimbangkan memilih aliran TVET sebagai pilihan utama untuk melanjutan pelajaran.
UTM guna 100 peratus tenaga pengajar AI tempatan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menggunakan tenaga pengajar tempatan sepenuhnya bagi Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama negara di kampus universiti itu di Kuala Lumpur.
[TERKINI] Warga AS terkejut Trump disabitkan bersalah
Dalam pada itu, sabitan ke atas bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengundang pelbagai reaksi daripada warga Amerika Syarikat di kota metropolitan New York.
[TERKINI] Trump pertahan diri, dakwa perbicaraan bermotifkan politik
Donald Trump pertahankan diri tidak bersalah dan dakwa perbicaraan bermotif politik. Bekas Presiden AS ini berjanji akan terus berjuang hingga ke akhirnya.
[TERKINI] Donald Trump didapati bersalah atas 34 dakwaan memalsukan rekod perniagaan
Donald Trump disabit kesalahan memalsukan rekod perniagaan. Hukuman ditetapkan 11 Julai, dengan bekas Presiden AS ini berdepan penjara atau denda.
WAO gesa masyarakat antarabangsa utamakan hak wanita, gadis Palestin
Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menggesa masyarakat antarabangsa agar mengutamakan keperluan dan hak wanita serta gadis Palestin selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
22 maut dalam nahas bas di Jammu, Kashmir
Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam kemalangan sebuah bas di wilayah Jammu dan Kashmir pada Khamis.
UTM guna 100 peratus tenaga pengajar AI tempatan
UTM akan menggunakan tenaga pengajar tempatan sepenuhnya bagi Fakulti AI pertama negara di kampus universiti itu di Kuala Lumpur.
ARC: Bunga Raya 15s pertaruh pemain senior, muda berdepan Korea Selatan
Gabungan skuad kendalian Mohd Farid Syazwan itu antaranya menampilkan flanker sensasi Syarif Nurhidayat Muzhaimey.
Polis keluar hampir 700 saman terhadap pelajar 2 sekolah di Petaling Jaya
Sebanyak 689 saman kesalahan lalu lintas membabitkan pelajar dua sekolah di Petaling Jaya direkodkan sejak Januari lepas.
Program Setahun Bersama Kerajaan Madani: Lebih 37,000 saman trafik dijelaskan
Sebanyak 37,242 saman trafik telah dijelaskan dalam tempoh dua hari bermula Jumaat lepas sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani.
Kaunter diskaun saman trafik pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI meriah
Seawal 7 pagi, orang ramai sudah mula beratur untuk membayar saman, walaupun kaunter hanya dibuka pada 9 pagi.
Diskaun saman trafik sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI
PDRM akan melaksanakan pengurangan kompaun saman trafik sehingga 50 peratus sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI bermula 8 hingga 10 Dis ini.
Treler hilang kawalan punca kemalangan maut
Nahas yang meragut nyawa dua pemandu treler di Kilometer 317.4 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat sini pada Rabu dipercayai berpunca daripada treler membawa muatan simen yang hilang kawalan.
Polis Pulau Pinang kutip hampir RM5 juta bayaran saman
Polis Pulau Pinang merekodkan kutipan bayaran saman hampir RM5 juta sejak pelaksanaan tawaran diskaun 80 peratus saman trafik sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia bermula Khamis lepas.
Lelaki menyamar sebagai pegawai kanan polis Bukit Aman ditahan
Suspek berumur 25 tahun itu ditahan susulan laporan diterima daripada seorang lelaki dan pihaknya turut merampas satu objek menyerupai pistol berwarna hitam.
Sasaran 30 ribu pengunjung di Karnival dan Hari Terbuka Putrajaya
Lebih 200 perkhidmatan ditawarkan daripada 23 kementerian serta 101 agensi kerajaan bersempena Hari Terbuka Putrajaya.
Henti diskaun saman trafik? Ini pandangan KPN
Pemberian diskaun bagi kompaun saman trafik sebenarnya memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.
Tiada diskaun saman pada 15 November - Trafik Bukit Aman
Terdapat individu tidak bertanggungjawab menyebarkan rakaman suara di aplikasi WhatsApp menggesa orang ramai membuat pembayaran pada hari itu.